ILMU KUNCI PENCURI


Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Jika rumah sering diancam orang percuri semasa ketiadaan anda ataupun jika anda ingin pergi jauh dalam tempoh yang agak lama dan risau rumah anda akan dimasuki pencuri atau risau kenderaan dicuri oleh mereka yang suka mencuri maka ilmu ini sangatlah sesuai digunakan.
Ilmu ini saya pelajari daripada seorang kenalan yang pernah berguru dengan seorang Ustaz daripada keturunan jawa dan beliau mengajar cara membuat Ilmu penangkis pencuri kepada saya.
Ilmu ini ada 3 jenis :
  • Perlu ditaman diperkarangan rumah (dimana kawasan rumah mempunyai Tanah)
  • Tidak perlu ditaman ( dimana sesuai digunakan seperti Rumah Teres, condo, Appartment dalam kenderaan (kereta sahaja) atau sebagainya)
  • DOA untuk pagar rumah anda
Cara Menyediakan adalah mudah sahaja anda hanya perlu menulis ayat dan sila ikut panduaan yang akan diberikan.
Kesannya jika ada orang yang berniat tidak baik ingin mencuri benda berharga di rumah anda maka dengan izin allah swt rumah anda akan dilihat orang pencuri itu seperti lautan api ataupun bukit yang amat tinggi atau jika pencuri mengunakan ilmu yang tertentu dan dapat memasuki ke dalam rumah anda (kebiasaannya cara mereka akan membaling pasir ke arah rumah atau atap rumah) akan tetapi dengan ilmu ini maka pencuri itu tidak akan dapat jalan keluar dan akan mempunyai sifat yang bodoh sehinggalah tuan rumah menunjuk jalan keluar. Jika tidak menunjuk jalan keluar maka mereka akan mundar mandir dalam rumah anda tidak tahu dimana jalan keluar.