ILMU TARIK DUIT


DUIT TARIK (ILMU KANTUNG 2) 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada anda yang menghadapi kesempitan yang amat sangat saya sarankan supaya anda mengamal ilmu kantung 2. Saya disini hanya menunjukan cara bagaimana untuk mendapatkan ilmu ini dan terpulanglah kepada anda untuk mengamalkanya. Ilmu kantung ini mempunyai perbezaan amalan dengan ilmu kantung yang sebelum ini kerana ianya ringan sedikit cara amalanya.
selain itu keistimewaan ilmu kantung kepada mereka yang keberatan atau keberatan untuk mengamal secara istiqomah (berterusan) maka anda boleh meletakan wifik yang saya akan berikan didalam tempat isi duit anda atau dompet insyallah anda akan merasa akan dicukupkan dari segi kewanggan.
Jika anda memilih untuk menjalan amalan secara berterus dan ilmu ini diperkenankan maka silalah lihat contoh seperti di ILMU KANTUNG 1 cuma berbezaanya cara amalan sedikit ringgan.
 

ILMU KANTUNG 1 (TARIK DUIT)

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Inginkah saya membongkar sebuah rahsia bagimana ingin membuat sebuah kantung yang tidak pernah kesepian wang walaupun berkali-kali kita mengambilnya. Pada zaman sekarang saya yakin bahawa ilmu ini tidak ramai tahu tentang kewujudan ilmu ini akan tetapi bagi mereka-mereka yang mempunyai kesempitan wang ringgit ataupun dalam keadaan yang amat terdesak amat mencari-cari ilmu ini.
Mungkin anda tidak memerlukan ilmu ini sekarang. Hidup kita sebagai seorang manusia kadang-kandang dibawah dan kadang-kadang diatas bagaikan roda ada masanya kita kita senang dan ada masanya kita susah. Masa senang ilmu ini dirasakan seperti penipuan akan tetapi apabila masa susah ilmu inilah yang amat dicari-cari sehingga terpaksa mencari hingga ke hujung tanjung.
kesannya wang didalam kantung yang anda sediakan tidak akan putus-putus walaupun telah diambil berkali-kali wang. Cuma anda tidak boleh mengambil melebih had sebagai contoh anda telah menyediakan sebanyak empat lembar RM 10.00 ringgit bersamaan RM 40.00 ringgit maka paling banyak anda boleh ambil ialah sebanyak RM30.00 dan boleh digunakan ikutlah apa yang anda ingin beli cuma janganlah membeli benda-benda yang haram. Pada ke esok hari dalam kantung itu tetap menpunyai RM 40.00 dan anda hanya boleh mengambil RM30.00 sahaja. Begitulah berulang-ulang walapun anda telah mengambilnya wang dalam kantung itu tidak berubah tetap ada RM 40.00 ringgit. Cuma pantangnya tidak boleh melihat apa ada didalam kantung itu.
ILMU KUNCI KEKAYAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hutang merupakan suatu penyeksaan bagi setengah-setengah daripada kita dan hidup di dunia ini tidak terlepas daripada hutang. Memang hutang merupa perkara yang membebankan daripada kerana berhutang timbul gejala-gejala mencuri, merompak dan sebagainya.
Tetapi sebenar hutang merupakan anugerah supaya kita mendekati pencipta dan selain itu hutang juga boleh membuat kita akan lebih kaya daripada kehidupan terdahulu. Tetapi perlulah kita berdoa, berusaha dan bertawakal. Kerana itulah kunci kekayaan. Tidak mustahil seseorang yang kaya akan menjadi miskin dan tidak mustahil seseorang yang miskin akan kaya raya.
Dengan ilmu-ilmu ini saya berharap saudara-saudari diamalkan dengan sebaik yang mungkin . Mungkin kali ini tidak memerlukannya akan tetapi saya yakin bila ditimpa mushibah maka saya yakin ilmu inilah saudara-saudari amat inginkan.
 

ILMU BERAT REZEKI
Saya mempunyai beberapa amalan dimana individu-individu yang mempunyai kesulitan didalam pencarian rezeki. Selain daripada itu saya akan memuatkan wifik (pelaris) untuk mereka-mereka yang mempunyai kesulitan atau kesusahan untuk melariskan jualan ataupun perniagaan.
Sebelum itu ingin saya maklumkan kepada anda semua wifik ini perlu anda menulis sendiri cuma anda perlu menyediakan sehelai kain sutera berwana putih dan alat tulis yang suci. Oleh kerana ianya sebahagian daripada ayat suci al-Quran maka amat tidak elok diletakan merata-rata ataupun dibawa ke tandas ditakuti terkena najis. Untuk pengetahuan anda wifik ini amat mudah di tulis dan ayatnya pendek sahaja Insyallah rezeki anda akan melimpah-ruah.